
NILAI-NILAI MURNI DALAM TAMADUN MELAYU
Mengutamakan Ikatan Kekeluargaan dan Hubungan Silaturahim
-
Masyarakat Melayu mengutamakan ikatan kekeluargaan dan hubungan silaturahim.
-
Dapat dilihat daripada amalan gelaran dalam keluarga seperti, datuk, nenek, along, angah, pak cik dan mak cik.
-
Orang Melayu bersifat bekerjasama dalam mengadakan kenduri kendara dan saling ziarah menziarahi.
-
Amalan ini amat berkesan dalam memupuk ikatan kekeluargaan malah dalam persahabatan.
Saling Hormat-Menghormati
-
Orang Melayu tidak memandang rendah kepada orang lain.
-
Kebanyakan orang Melayu bersikap rendah diri.
-
Orang Melayu digalakkan memberi penghormatan terlebih dahulu kepada orang lain.
-
Orang yang tidak membalas penghormatan yang diberi akan dipandang rendah.
Meraikan Tetamu
-
Mengikut ajaran agama Islam, tetamu hendaklah dilindungi, dimuliakan dan dilayan dengan sebaik mungkin, malah tuan rumah disunatkan berkorban dan tidak mementingkan diri sendiri demi menjaga dan menghormati tetamu.
-
Tetamu sentiasa dipandang baik oleh orang Melayu dan diraikan dengan sebaik-baiknya.
Mempunyai Sikap Bertimbang Rasa
-
Orang Melayu sentiasa mengutamakan perasaan orang lain dalam pelbagai keadaan.
-
Sikap bertimbang rasa menjadikan masyarakat Melayu tidak mementingkan perasaannya semata-mata.
-
Nilai bertimbang rasa ini adalah salah sifat terpuji dalam Islam.
-
Dalam masyarakat Melayu kini, orang muda haruslah meminta kepada orang tua sesuatu yang termampu dan tidak melampau.
-
Begitu juga, dengan permintaan terhadap rakan-rakan, seharusnya rasional dan wajar.
-
Setiap permintaan dan kelakuan harus ada timbang rasa.
-
Budaya inilah yang akan menaikkan masyarakat Melayu kepada satu tahap lain.