![](https://static.wixstatic.com/media/99ec98fdb81945c29c25a3ad6c5606b1.jpg/v1/fill/w_1920,h_1280,al_c,q_90,enc_avif,quality_auto/99ec98fdb81945c29c25a3ad6c5606b1.jpg)
PERKEMBANGAN TAMADUN MELAYU
TAMADUN MELAYU SEBELUM KEDATANGAN ISLAM
Kehidupan masyarakat Melayu dipengaruhi oleh kebudayaan yang dinamakan sebagai adat kepercayaan berdasarkan kepada pandangan semesta tradisional orang Melayu tersebut.
​
-
Kebudayaan sesebuah masyarakat adalah berbeza antara satu sama lain.
​
-
Pandangan semesta Melayu berpusat kepada manusia yang mana ia mempunyai tanggapan terhadap alam iaitu alam nyata & alam ghaib dalam kehidupan mereka.
-
Kepercayaan ini telah membawa kepada lahirnya adat dan kebudayaan dalam kehidupan masyarakat Melayu.
-
Umumnya pandangan semesta masyarakat melayu terbahagi kepada 3 bahagian iaitu:
i. zaman pra-Islam:
-Bertunjangkan kepada kepercayaan ‘animisme’ dan kepercayaan ‘dinamisme’
ii. Zaman kedatangan Hindu-Buddha:
-Kedatangan agama Hindu-Buddha telah menjadikan amalan penyembahan & upacara
keagamaan menjadi lebih tersusun.
-Telah menyerap ke dalam kehidupan & kebudayaan Melayu, terutama di kalangan golongan
pemerintah & bangsawan.
-Memberi kesan mendalam dalam sistem sosial masyarakat melayu seperti sistem kasta yang
mana ianya memisahkan golongan raja, para bangsawan, golongan agama dan juga rakyat
jelata.
iii. Zaman kedatangan Islam:
-Kedatangan Islam ke Alam Melayu telah memantapkan keseluruhan pandangan dunia Melayu.
Lantaran itu, pandangan semesta Melayu memfokuskan dan terarah kepada Tuhan.
​
-Oleh itu, masyarakat Melayu menyedari dan meyakini bahawa Allah s.w.t. Maha Berkuasa dan
Maha Mengasihi.
-
Islam datang ke wilayah Nusantara pd abad pertama hijrah atau antara kurun ke 7 & ke 8 masihi.
-
Proses Islamisasi telah berlaku dengan pesat & antara kerajaan Islam yang berjaya dibentuk ialah seperti kerajaan Acheh, Terengganu, Melaka, Patani, Brunei, Sulu dll.
-
Agama islam dikatakan telah datang ke Nusantara melalui tiga jalan utama berdasarkan kepada teori yang dikemukakan oleh para sarjana iaitu:
i. Islam datang dari Tanah Arab
-Dikemukakan oleh John Crawford dan Niemann serta de Holender dan disokong oleh Syed Mohd
Naquib al-Attas, menyatakan bahawa Islam dibawa datang pada kurun ke- 7 masihi.
-Ini berdasarkan kepada bukti yang ditemui seperti wujudnya perkampungan Islam di Sumatera
utara yang diberi nama “Tashih” telah ditemui pada tahun 650 M bersamaan 30 Hijrah.
Perkampungan ini dihuni oleh orang-orang Arab yang datang ke Sumatera pada abad ke-7
Masihi.
ii. Islam Datang Dari India
-Teori ini dikemukakan oleh Pijnappel iaitu seorang sarjana Belanda, dan disokong oleh Snouk
Hurgronje & J.P Moquette.
-Berdasarkan kepada bukti yang ditemui iaitu penemuan batu nisan Sultan Malikul Salleh, yang
bertarikh 1297 M. Batu nisan ini didakwa dibawa dari Gujerat berdasarkan persamaan dari segi
reka bentuk batu nisan di kedua-dua tempat tersebut.
iii. Islam Datang Dari China
-Teori yang dikemukakan oleh sarjana Sepanyol iaitu Emanuel Godinho de Eredia berdasarkan
kepada penemuan Batu-batu bersurat di sekitar wilayah Nusantara seperti batu bersurat di
Champa bertarikh 1309, di Brunei bertarikh 1048 M, di Laren Jawa bertarikh 1082 M dan Batu
Bersurat di Terengganu bertarikh 1303 M.