KONSEP, SUMBER DAN ASAS
TAMADUN MELAYU
KONSEP MELAYU DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
​​
​
-
Perlembagaan merupakan undang-undang agung sesebuah negara bagi melicinkan pemerintahan & pentadbiran sesebuah negara.
-
Antara isi penting dalam sesebuah perlembagaan seperti kebebasan asasi& hak seseorang, kehakiman, kewarganegaraan, undang2, kewangan, perkhidmatan awam, undang2 persekutuan dll.
-
Pembentukan perlembagaan persekutuan banyak dipengaruhi oleh perkembangan tamadun Melayu.
-
Perkara 160 perlembagaan persekutuan menyatakan bahawa seseorang itu dipanggil org Melayu bila mencapai 3 perkara iaitu:
i- beragama Islam
ii- secara lazimnya berbahasa Melayu
iii- secara lazimnya mengamalkan adat istiadat
melayu.
​​
-
Tamadun Melayu pada awalnya dijejaki sejak zaman Paleolitik iaitu zaman batu awal kira-kira 35,000 tahun yang lalu.
-
Selepas itu diikuti dengan zaman Mesolitik atau zaman batu tengah kira-kira 11,000 tahun dahulu, zaman Neolitik ataupun zaman Batu Baru kira-kira 5,000 tahun dahulu, dan zaman Logam iaitu zaman Gangsa-Besi kira-kira 2,500 tahun dahulu.
-
Contoh penempatan manusia yang dijumpai pd zaman itu seperti Kota Tampan (Perak), Gua Niah (Sarawak) & Tingkayu (Sabah).
-
Umumnya asas Tamadun Melayu banyak merujuk kepada struktur sosial masyarakat yang berlapis seperti sistem kasta, kerana banyak dipengaruhi oleh peradaban India.
-
Selain daripada sturktur sosial, kemunculan kerajaan awal Melayu juga memainkan peranan dalam pembentukan tamadun Melayu.
-
Umumnya kerajaan pra-Islam di Alam Melayu dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu kerajaan Agraria dan kerajaan Maritim.
​​
ASAS-ASAS TAMADUN MELAYU