top of page

PANDANGAN SEMESTA

TAMADUN MELAYU

Selepas kedatangan Islam, pandangan semesta Melayu telah berubah berteraskan unsur-unsur akidah.  Walaubagaimanapun, masih banyak lagi unsur-unsur pandangan semesta sebelum Islam yang diwarisi dalam kehidupan seharian masyarakat Melayu. Perubahan pandangan semesta Melayu terhadap agama Islam boleh dilihat terutama sekali dalam aspek ketauhidan dan penerapan nilai-nilai murni yang diamalkan oleh masyarakat Melayu. 

* ASPEK TAUHID

Kedatangan Islam telah memantapkan lagi pandangan semesta orang Melayu, kerana Islam melalui kitab suci Al-Quran mengandungi segala rahsia tersembunyi dalam kejadian alam semesta, bahkan juga telah mengukuhkan keyakinan, ketakwaan dan ketauhidan kepada Allah s.w.t. 

* NILAI-NILAI MURNI MASYARAKAT MELAYU 

Kehadiran Islam juga telah mengubah corak kehidupan masyarakat Melayu di mana mereka lebih banyak mengamalkan nilai-nilai murni yang telah diterapkan dalam ajaran Islam. Contohnya struktur masyarakat menjadi lebih tersusun & kepatuhan serta ketaatan kepada ketua lebih diperkukuhkan lagi. Begitu juga dengan adat & pantang larang yang diamalkan sejak dahulu. 

© 2023 by Closet Confidential. Proudly created with Wix.com

bottom of page