top of page

SUMBANGAN TAMADUN MELAYU

i. Bidang Persuratan

  • Suatu ketika dahulu, bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa lingua franca bagi wilayah kepulauan Melayu dan digunakan oleh golongan peniaga serta pengembara asing dari China, Eropah dan juga India. Penggunaannya dalam bidang penulisan bermula dengan skrip Sanskrit (pahlawi), seterusnya bertukar kepada penulisan dalam skrip Arab (jawi), dan akhirnya kepada penulisan dalam skrip Roman (rumi). 

ii. Bidang Kesenian 

​​

  • Perkembangan tamadun Melayu dapat dilihat melalui manifestasi kesenian orang Melayu. Kesenian halus yang dihasilkan oleh orang Melayu memainkan peranan penting dalam melengkapkan kehidupan orang Melayu yang diwarisi sejak beribu-ribu tahun. 

​

  • Kehidupan orang Melayu sangat dipengaruhi oleh kesenian yang bersumberkan alam semula jadi, sama ada dari segi hubungan masyarakat Melayu dengan manusia lain dan juga hubungan manusia dengan kepercayaan dan agama mereka. 

iii. Bahasa dan Kesusasteraan 

​

  • Menerima pengaruh yang besar dengan kedatangan agama Islam. Perkembangan bahasa Melayu bertambah teguh dan penyebarannya semakin meluas di Asia Tenggara bermula pada abad ke-14 M sehingga akhir abad ke-18 M. 

 

  • Penggunaan tulisan jawi telah diperkenalkan dan digunakan oleh orang-orang Melayu ketika itu. Sementara itu, tulisan Arab telah diperkenalkan. 

 

  • Perubahan dari segi bahasa boleh dilihat apabila masyarakat Melayu menyesuaikan perkataan Arab kepada bahasa melayu. Perubahan ini dipermudahkan setelah tulisan Arab diubah suai dan dikenali sebagai tulisan jawi. 

 

  • Melalui sistem tulisan ini, bahasa Melayu dapat memainkan peranan lebih penting apabila ianya digunakan untuk menulis kitab-kitab agama, hikayat-hikayat, undang-undang dan pentadbiran. 

iv. Bidang Pendidikan 

  • Di awal perkembangan tamadun, masyarakat Melayu hanya menerima pendidikan tradisional sahaja seperti kelas mengaji Al-Quran dan bahasa Arab. 

 

  • Perkembangan pendidikan ini sangat perlahan yang mana ia diusahakan oleh guru-guru agama. 

 

  • Sekitar abad ke-19, sekolah Melayu mula dibuka. Sekolah Melayu yang pertama dibuka pada tahun 1821 iaitu Sekolah Melayu Gelugor. 

 

  • Ciri-ciri utama sekolah Melayu ini ialah pelajaran Melayu disediakan selama empat tahun, mutu pelajaran terhad dan rendah tahapnya, menyediakan para pelajar menguasai “3M” iaitu membaca, menulis dan mengira. 

© 2023 by Closet Confidential. Proudly created with Wix.com

bottom of page